Login
     
Berita Program dan Aktiviti PDF Print E-mail
Kursus Rawatan Wanita Selepas Bersalin

Kursus Rawatan Wanita Selepas Bersalin

Kursus intensif selama 4 hari ini dirangka khas bertujuan untuk memberi kemahiran kepada peserta mengenai cara sebenar dan kaedah rawatan lengkap ibu-ibu selepas  bersalin seperti bertungku, mandi herba, berurut, berbengkung, bertangas, berbarut serta teknik urutan tradisional dan moden. &...

Bengkel Cetak T-Shirt Silk Screen 27 - 28 April 2011

Bengkel Cetak T-Shirt Silk Screen 27 - 28 April 2011

Pelajari teknik mencetak baju menggunakan kaedah silk screen...boleh mula perniagaan dengan modal rendah dan menguntungkan..   PENGENALAN Bidang percetakan t-shirt tidak banyak dipelopori oleh kaum Bumiputera. Tetapi sejak kebelakangan ini, industri ini begitu pesat bagaikan cendawan tumbu...

Kursus Pembuatan Seramik

Kursus Pembuatan Seramik

Pendaftaran Kursus Asas Penghasilan Produk Seramik kini dibuka !!! Daftar segera... Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 09-7413739.

 

Aktiviti Pertama

Kursus Bina Landskapsenibinalandskap

Kursus ini telah di adakan pada 9-13 Jan 2010 bertempat di Pusat Latihan Kesdec Machang Read More

Aktiviti Kedua

Kursus Teknologi Pemprosesan Makanankursusmee

Kursus isi telah diadakan pada 25 Julai 2009 bertempat di Dewan KESDEC dan tenaga pengajar oleh Jururunding Teman (Consulting and Food Research). Read More

Aktiviti Ketiga

Kursus Sulaman Manik dan Labucikursusulam
Kursus Sulaman Manik dan Labuci telah diadakan pada 15 dan 16 Mei 2010 di Dewan Seminar KESDEC.Read More

Galeri Gambar Utama

DSC_0011gambarcawanganlabok kursuslandskap programterdahulu kursuspembuantanmeedsc02633dsc02749

Klik pada gambar diatas untuk lihat galeri gambar

Kursus Satu

Kursus Teknikal

Inisiatif untuk melaksanakan Kursus Teknikal adalah berteraskan kepada hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai usahawan di dalam bidang kemahiran di seluruh negeri Kelantan. Melalui program ini, belia dan siswazah akan diberi latihan kemahiran dalam bidang teknikal dan dibimbing untuk dapat memanfaatkan segala pengetahuan dan kemahiran tersebut untuk meninggikan taraf hidup melalui pewujudan peluang usahaniaga atau pekerjaan.


Kursus intensif selama 2-3 bulan ini dirangka khas oleh KESDEC meliputi latihan teori dan amali dengan pendedahan industri yang terkini serta “hands-on” supaya para peserta memiliki pengetahuan dan kemahiran praktikal dan kemahiran ”hands-on” dalam pelbagai bidang industri.

 


 

Kursus Dua

Pemprosesan Produk Makanan Terus Niaga

Program ini lebih menjurus kepada pembangunan keusahawanan makanan secara bersepadu untuk produk terus niaga di mana peserta kursus akan didedahkan dengan teknik asas pemprosesan produk hasilan soya, daya maju projek (Unjuran Tunai dan Untung Rugi) serta disemai dengan asas-asas keusahawanan, pemasaran dan jualan.

Di akhir kursus, peserta akan dapat :

  • Melengkapkan diri dengan kaedah pemprosesan produk-produk dengan asas-asas teknologi pemprosesan makanan yang betul.
  • Produk yang dikeluarkan dapat memenuhi piawaian perundangan.
  • Produk yang diniagakan dapat memenuhi kehendak pasaran (harga dan kualiti).
  • Boleh terus menjalankan sendiri perniagaan dengan modal yang kecil tetapi mendapat pulangan segera (jualan tunai harian).

Kursus Tiga

Pemprosesan Produk Industri Asas Tani

  • Pendekatan latihan lebih menjurus kepada program persediaan untuk melahirkan para pengusaha bidang pemprosesan makanan berasaskan hasil pertanian.
  • Modul latihan disediakan bagi melengkapkan pengetahuan asas yang perlu diketahui oleh para pengusaha dalam teknologi pemprosesan makanan. Modul latihan merangkumi prinsip asas pengeluaran, pemprosesan, kawalan mutu bahan mentah, pemprosesan dan hasil, kebersihan dan sanitasi bengkel, pembungkusan dan pelabelan dan ekonomi pengeluaran.
  • Program latihan akan memberi tumpuan kepada membimbing para peserta supaya boleh memulakan perusahaan secara kecil-kecilan dari rumah atau premis yang kecil, tanpa memerlukan modal yang besar.
  • Jenis latihan yang ditawarkan berpandukan kepada produk-produk yang mempunyai potensi pasaran semasa dan kehendak keperluan semasa.

Kursus Empat

Fotografi

  • Kursus ini melengkapkan peserta dengan pengetahuan dan kemahiran untuk menggunakan kamera secara sistematik dengan rakaman-rakaman fotografi yang menarik.
  • Para peserta didedahkan dengan pelbagai teknik genre rakaman seperti porttraiture, lanskap, produk, makro, sukan, perkahwinan, artistik dan acara rasmi.
  • Pendedahan juga diberikan bagi rakaman-rakaman ”indoor’” dan ”outdoor” serta penggunaan tripod, monopod dan minipod samaada digunakan dengan kamera digital kompak mahupun kamera DSLR.
  • Selain itu, peserta juga akan didedahkan dengan asas aplikasi Adobe Photoshop sebagai perisian untuk suntingan foto bagi memberi nilai tambah kepada para peserta yang mengikuti kursus ini.

Kursus Lima

Lanskap

Kursus intensif selama 5 hari ini dirangka khas oleh KESDEC untuk belia dan siswazah yang merangkumi pelbagai aspek pembinaan dan penyelenggaraan lanskap. Modul kursus melibatkan kuliah dan kerja amali (hands on experience) serta demonstrasi yang akan dikendalikan oleh usahawan dan pakar tempatan yang berpengalaman.

Menu Utama

daftarsubjek_2_copy kemudahanlatihan_copy2 pendekatanprogram_copy2 beritaterkinikesdec


facebook

Pengerusi KESDEC

wan_yahya

Tuan Haji Wan Yahya bin Wan SallehRead More

Ruang Iklan

                    Untuk tempahan ruang iklan, sila                        hubungi kami di talian 09-7413739.

 

 

 

Pelawat Web KESDEC

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday1222
mod_vvisit_counterYesterday1514
mod_vvisit_counterThis week8477
mod_vvisit_counterLast week11675
mod_vvisit_counterThis month30892
mod_vvisit_counterLast month24929
mod_vvisit_counterAll days282460
Balootisme Malaysia Web Designer

Kemaskini Terakhir Pada: 25 September 2010
Hakcipta Terpelihara © 2010 Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kemahiran Kelantan (KESDEC)
KESDEC tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Paparan terbaik dengan menggunakan perisian Mozilla Firefox 3.0 Ke Atas Atau Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1280 X 800 piksel.