|
Berita Program dan Aktiviti |
|
|
|
Kursus intensif selama 4 hari ini dirangka khas bertujuan untuk memberi kemahiran kepada peserta mengenai cara sebenar dan kaedah rawatan lengkap ibu-ibu selepas bersalin seperti bertungku, mandi herba, berurut, berbengkung, bertangas, berbarut serta teknik urutan tradisional dan moden.
&...
Pelajari teknik mencetak baju menggunakan kaedah silk screen...boleh mula perniagaan dengan modal rendah dan menguntungkan..
PENGENALAN
Bidang percetakan t-shirt tidak banyak dipelopori oleh kaum Bumiputera. Tetapi sejak kebelakangan ini, industri ini begitu pesat bagaikan cendawan tumbu...
Pendaftaran Kursus Asas Penghasilan Produk Seramik kini dibuka !!! Daftar segera...
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 09-7413739.
|
|
Aktiviti Pertama
Kursus Bina Landskap
Kursus ini telah di adakan pada 9-13 Jan 2010 bertempat di Pusat Latihan Kesdec Machang Read More
Aktiviti Kedua
Kursus Teknologi Pemprosesan Makanan
Kursus isi telah diadakan pada 25 Julai 2009 bertempat di Dewan KESDEC dan tenaga pengajar oleh Jururunding Teman (Consulting and Food Research). Read More
Aktiviti Ketiga
Kursus Sulaman Manik dan Labuci Kursus Sulaman Manik dan Labuci telah diadakan pada 15 dan 16 Mei 2010 di Dewan Seminar KESDEC. Read More
Kursus Satu
Kursus Teknikal
Inisiatif untuk melaksanakan Kursus Teknikal adalah berteraskan kepada hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai usahawan di dalam bidang kemahiran di seluruh negeri Kelantan. Melalui program ini, belia dan siswazah akan diberi latihan kemahiran dalam bidang teknikal dan dibimbing untuk dapat memanfaatkan segala pengetahuan dan kemahiran tersebut untuk meninggikan taraf hidup melalui pewujudan peluang usahaniaga atau pekerjaan.
Kursus intensif selama 2-3 bulan ini dirangka khas oleh KESDEC meliputi latihan teori dan amali dengan pendedahan industri yang terkini serta “hands-on” supaya para peserta memiliki pengetahuan dan kemahiran praktikal dan kemahiran ”hands-on” dalam pelbagai bidang industri.
Kursus Dua
Pemprosesan Produk Makanan Terus Niaga
Program ini lebih menjurus kepada pembangunan keusahawanan makanan secara bersepadu untuk produk terus niaga di mana peserta kursus akan didedahkan dengan teknik asas pemprosesan produk hasilan soya, daya maju projek (Unjuran Tunai dan Untung Rugi) serta disemai dengan asas-asas keusahawanan, pemasaran dan jualan.
Di akhir kursus, peserta akan dapat :
- Melengkapkan diri dengan kaedah pemprosesan produk-produk dengan asas-asas teknologi pemprosesan makanan yang betul.
- Produk yang dikeluarkan dapat memenuhi piawaian perundangan.
- Produk yang diniagakan dapat memenuhi kehendak pasaran (harga dan kualiti).
- Boleh terus menjalankan sendiri perniagaan dengan modal yang kecil tetapi mendapat pulangan segera (jualan tunai harian).
Kursus Tiga
Pemprosesan Produk Industri Asas Tani
- Pendekatan latihan lebih menjurus kepada program persediaan untuk melahirkan para pengusaha bidang pemprosesan makanan berasaskan hasil pertanian.
- Modul latihan disediakan bagi melengkapkan pengetahuan asas yang perlu diketahui oleh para pengusaha dalam teknologi pemprosesan makanan. Modul latihan merangkumi prinsip asas pengeluaran, pemprosesan, kawalan mutu bahan mentah, pemprosesan dan hasil, kebersihan dan sanitasi bengkel, pembungkusan dan pelabelan dan ekonomi pengeluaran.
- Program latihan akan memberi tumpuan kepada membimbing para peserta supaya boleh memulakan perusahaan secara kecil-kecilan dari rumah atau premis yang kecil, tanpa memerlukan modal yang besar.
- Jenis latihan yang ditawarkan berpandukan kepada produk-produk yang mempunyai potensi pasaran semasa dan kehendak keperluan semasa.
Kursus Empat
Fotografi
-
Kursus ini melengkapkan peserta dengan pengetahuan dan kemahiran untuk menggunakan kamera secara sistematik dengan rakaman-rakaman fotografi yang menarik.
-
Para peserta didedahkan dengan pelbagai teknik genre rakaman seperti porttraiture, lanskap, produk, makro, sukan, perkahwinan, artistik dan acara rasmi.
-
Pendedahan juga diberikan bagi rakaman-rakaman ”indoor’” dan ”outdoor” serta penggunaan tripod, monopod dan minipod samaada digunakan dengan kamera digital kompak mahupun kamera DSLR.
-
Selain itu, peserta juga akan didedahkan dengan asas aplikasi Adobe Photoshop sebagai perisian untuk suntingan foto bagi memberi nilai tambah kepada para peserta yang mengikuti kursus ini.
Kursus Lima
Lanskap
Kursus intensif selama 5 hari ini dirangka khas oleh KESDEC untuk belia dan siswazah yang merangkumi pelbagai aspek pembinaan dan penyelenggaraan lanskap. Modul kursus melibatkan kuliah dan kerja amali (hands on experience) serta demonstrasi yang akan dikendalikan oleh usahawan dan pakar tempatan yang berpengalaman.
|
Pengerusi KESDEC

Tuan Haji Wan Yahya bin Wan Salleh Read More
Ruang Iklan
Untuk tempahan ruang iklan, sila hubungi kami di talian 09-7413739.
Pelawat Web KESDEC
 | Today | 712 |  | Yesterday | 723 |  | This week | 712 |  | Last week | 5350 |  | This month | 11752 |  | Last month | 11526 |  | All days | 305792 |
|